• NAMA PROGRAM : BICARA BUKU BERSAMA STAF PENTADBIRAN
  • TARIKH PROGRAM : 15 MAC 2024
  • PENGLIBATAN PESERTA : 20 ORANG
  • KATEGORI PROGRAM : READ@UITM
15 Mac 2024 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Kampus Dengkil telah menganjurkan Program Bicara Buku bersama Staf Pentadbiran bertempat di Ruang Library Community Engagement, Bilik Bacaan Luar, PTAR Dengkil. Program yang mengambil masa selama 1 jam ini melibatkan penyertaan kakitangan pentadbiran dari pelbagai unit. Program yang bermula seawal 10.00 pagi yang dihadiri oleh 20 orang peserta ini telah diisi dengan 3 sesi perkongsian oleh 3 panel daripada kalangan staf perpustakaan. Pada sesi ini, panel telah berkongsi berkenaan bahan bacaan yang telah dibaca bersama penonton yang lain.

Objektif utama bagi pelaksanaan program Bicara Buku ini adalah:

1) Menyemarakkan program galakan membaca dikalangan warga kampus di UiTM Kampus Dengkil yang menyasarkan warga Pusat Asasi yang terdiri dalam kalangan kakitangan akademik dan kakitangan pentadbiran.

2) Menerapkan budaya Malaysia membaca seterusnya melahirkan generasi suka membaca pada generasi yang akan datang.

3) Meningkatkan ilmu pengetahuan dalam kalangan warga kampus yang memfokuskan kepada kakitangan akademik dan pentadbiran melalui pembacaan dan perkongsian ilmu.

4) Menggalakkan penglibatan dan kolaborasi perpustakaan bersama warga kampus dalam sebarang aktiviti anjuran perpustakaan.

Didalam program ini juga, pihak perpustakaan telah menerima maklumbalas yang sangat positif daripada semua para peserta yang terlibat. Program ini juga merupakan program berterusan dan akan dilaksanakan setiap 2 bulan. Justeru, diharapkan agar program sebegini mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan warga kampus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *