• NAMA PROGRAM : SPEED READING
  • TARIKH PROGRAM : 29 MAC 2024
  • PENGLIBATAN PESERTA : 26 ORANG
  • KATEGORI PROGRAM : READ@UITM

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Cawangan Selangor Kampus Dengkil telah menganjurkan Program Speed Reading pada Jumaat, 29 Mac 2024 yang diadakan secara bersemuka di Pusat IT, Aras 3, PTAR Kampus Dengkil. Program yang dijalankan selama 2 jam ini telah disampaikan oleh Puan Fatin Hanisah Binti Ahmmad Rofee, Pustakawan , Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Dengkil. Pada sesi Program Speed Reading ini fokus penyertaan adalah dalam kalangan pelajar di UiTM Cawangan Selangor, Kampus Dengkil.

Seramai 26 orang pelajar telah menyertai modul program Speed Reading yang dianjurkan. Sepanjang program, penceramah telah berkongsikan ilmu serta teknik bacaan pantas yang berkesan kepada para peserta yang terdiri dalam kalangan staf pentadbiran daripada beberapa bahagian yang berbeza. Melalui program Speed Reading yang dianjurkan, diharap ia dapat memberikan manfaat yang berkesan kepada semua peserta yang terlibat terutamanya dalam memperbaiki teknik bacaan pantas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *