Perpustakaan Tengku Anis (PTA) telah menganjurkan Bengkel Pelaporan Sasaran Kerja Tahunan (HR2U) pada 18 Februari 2024 (Ahad) bertempat di Bilik IT, PTA. Bengkel ini bermula jam 9:30 pagi sehingga 4:30 petang melibatkan semua staf PTA UiTM Cawangan Kelantan Kampus Machang dan juga Kampus Kota Bharu.

Penceramah bagi bengkel ini adalah Puan Norfitriah Mat Seman, Pustakawan Kanan PTA. Bengkel ini bertujuan untuk berkongsi pengetahuan bagi memperkasakan pelaporan sasaran tahunan dengan betul dan seiring dengan deskripsi tugasan setiap staf di Perpustakaan Tengku Anis (PTA).

Objektif bengkel ini adalah untuk:

  1. Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan warga PTA dalam menentukan sasaran individu berdasarkan KPI/ Pl yang ditetapkan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR)
  2. Menentukan kompetensi yang tepat bersesuaian unit masing-masing
  3. Penyeragaman pengisian sasaran menggunakan kaedah yang betul dan tepat

Semoga melalui bengkel ini dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan warga PTA dalam menentukan sasaran individu berdasarkan KPI/ Pl yang ditetapkan Perpustakaan Tun Abdul Razak {PTAR) dan juga kompetensi yang tepat bersesuaian unit masing-masing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *