Pada 13 Februari 2024, Perpustakaan Tengku Anis (PTA) telah menerima lawatan daripada Unit Pusat Sumber Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Kota Bharu seramai 5 orang staf unit tersebut. Tujuan lawatan ini adalah untuk berkongsi ilmu terutamanya mengenai pengurusan perpustakaan khususnya dari aspek pengurusan koleksi bahan bacaan, perkhidmatan, sistem sirkulasi yang diaplikasikan di PTA dan lain-lain.

Lawatan ini dimulai dengan ucapan aluan daripada Puan Alina Hussein, Timbalan Ketua Pustakawan PTA dan diteruskan dengan taklimat perpustakaan dan arkib oleh Puan Norfitriah Mat Seman, taklimat koleksi bahan oleh Dr. Muslim Ismail dan taklimat sirkulasi oleh Puan Nordelina Zulkarnain, Pustakawan Kanan PTA.

Lawatan diakhiri dengan sesi โ€˜library tourโ€™ di sekitar PTA. Pihak PTA mengucapkan terima kasih kepada Unit Pusat Sumber IPGM Kampus Kota Bharu di atas kesudian untuk mengunjungi PTA dan diharapkan agar melalui lawatan ilmiah ini dapat membantu sedikit sebanyak unit pusat sumber IPGM dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna perpustakaan institusi tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *