Perpustakaan Tengku Anis (PTA) UiTM Cawangan Kelantan (UiTMCK) Kampus Machang telah menganjurkan Program Wadah Ilmu: Tanyalah Ustaz Siri 1 pada 26 Februari 2024 (Isnin) secara hibrid iaitu bertempat di Ruang Library Community Engagement (LCE) bagi staf PTA sahaja dan secara siaran langsung melalui saluran YouTube rasmi PTA bagi penonton luar daripada PTA.

Program ini ialah program bercorakkan pengisian tazkirah agama dalam kerangka memberi peringatan ilmu agama dan pendidikan ruhani kepada semua staf PTA dan juga penonton. Sesi tazkirah ini diadakan sebulan sekali dengan tujuan perkongsian ilmu dan mengambil menafaat dari buku-buku dan kitab-kitab yang ada di PTA khususnya. Panel penceramah bagi wadah ilmu siri yang pertama ini adalah Ustaz Mohd Khairuddin Md Sul Haimi, Pegawai Eksekutif (Hal Ehwal Islam) UiTMCK.

Objektif program sebegini diadakan adalah:

  1. Menerapkan nilai-nilai ESI dan iDART di kalangan warga UiTMCK
  2. Wadah pembudayaan membaca buku-buku agama, adab, motivasi dan mengambil ibrah-ibrah keruhanian
  3. Menggalakkan warga staf menghadiri majlis ilmu di Perpustakaan Tengku Anis

Program diakhiri dengan majlis tahlil dan sesi penyampaian cenderahati kepada penceramah jemputan. Semoga apa yang dikongsi daripada program ini memberikan manafaat kepada semua.

Pautan siaran langsung: https://www.youtube.com/watch?v=-YGOtShVNkg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *