Unit Arkib Cawangan (UAC) Perpustakaan Tengku Anis (PTA) UiTM Cawangan Kelantan telah menjalankan satu sesi libat urus unit arkib bersama PTA Kampus Kota Bharu (KKB) pada 27 Februari 2024 (Selasa) bertempat di PTA KKB.

Sesi ini melibatkan semua staf PTA KKB dan turut disertai bersama Puan Rosmariyati Ab. Rahman, Pustakawan Kanan PTA selaku ketua bahagian. Sesi taklimat dan perkongsian bagi unit arkib telah dikendalikan oleh staf unit arkib iaitu:

1. Encik Muhamad Nazari Muhamad Nor, Pembantu Pustakawan Kanan
2. Encik Mohd Waqiyuddin Mohd Dzulkifly, Pembantu Pustakawan Kanan
3. Encik Mohd Ridzuan Ramli, Pembantu Pustakawan Kanan
4. Encik Zul Abdullah, Pembantu Pemuliharaan Kanan

Turut hadir bersama Puan Alina Hussein, Timbalan Ketua Pustakawan PTA selaku ketua unit arkib dan Puan Norfitriah Mat Seman, Pustakawan Kanan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *