• NAMA PROGRAM : SPEAKER CORNER | MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN MAHASISWA
  • TARIKH PROGRAM : 2 FEBRUARI 2024
  • PENGLIBATAN PESERTA : 41 ORANG
  • KATEGORI PROGRAM : READ@UITM

02 Februari 2024 – Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Cawangan Selangor Kampus Dengkil telah menganjurkan Speaker Corner di Aras 1, PTAR Kampus Dengkil. Program ini telah berlangsung bermula pada jam 3.00 petang sehingga 05.00 petang dimana aktiviti ini telah menerima penyertaan peserta sebanyak 41 orang. Topik bagi PSpeaker Corner ini bertemakan MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN MAHASISWA. Sepanjang program ini dijalankan pelbagai kreativiti pelajar dapat dilihat dan dipertontonkan dimana pelbagai perkongsian maklumat dan ilmu telah disampaikan oleh peserta yang terlibat. Melalui program ini juga pelbagai manfaat yang boleh diperolehi antaranya bagi menyemarakkan program galakan membaca dalam kalangan warga kampus, mempertingkat kemahiran berkomunikasi dalam kalangan warga kampus serta memberi peluang kepada warga kampus untuk berkongsi maklumat dan idea kepada umum.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *