Perpustakaan Sultan Badlishah, UiTM Cawangan Kedah telah mengadakan promosi pinjaman bahan perpustakaan pada 1 Disember sehingga 15 Disember 2023. Tujuan promosi ini adalah bagi mengalakkan pengguna membuat pinjaman bahan dan membuat ulasan ringkas terhadap bahan tersebut. Cenderahati turut diberikan kepada pengguna yang berjaya membuat pinjaman bahan perpustakaan.

Para peserta digalakkan membuat ulasan ringkas bahan yang dipinjam dan diminta menyerahkan ulasan tersebut bersama bahan setelah tamat tempoh pinjaman. Antara tujuan lain aktiviti ini diadakan adalah bagi menyemarakkan budaya suka membaca buku, menambah ilmu dan dalam masa yang sama berkongsikan manfaat ilmu yang diperoleh daripada buku tersebut kepada orang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *