22 Disember 2023, Jumaat – Silang Sosial yang melibatkan 2 aktiviti iaitu Susuri Jalan Ketahui Minda dan Kuiz Silang Minda telah diadakan sempena Program Silang Suwai “Relap Rumbunan Budaya”. Slot ini membolehkan para peserta UiTM dan peserta orang asli untuk berinteraksi dan saling membantu dalam aktiviti ini yang berunsurkan bahasa orang asli, peribahasa dan simpulan bahasa. 2 aktiviti ini melibatkan 40 orang peserta terdiri 20 orang peserta pelajar UiTM dan 20 orang lagi anak – anak orang asli.

Objektifnya adalah untuk meningkatkan tahap keupayaan berfikir serta ilmu pengetahuan para peserta. Ia juga melibatkan unsur teknologi dan pameran interaktif di mana orang asli didedahkan dengan info hala tuju pendidikan sama ada dari segi teori atau praktikal. Bukan itu sahaja, pameran ini juga memberi peluang kepada peserta UiTM untuk melihat beberapa kategori orang asli.

View Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *