26 Oktober 2023, Khamis Perpustakaan Alam Bina telah berjaya menganjurkan Program Mobile Library @ PAB bertempat di Blok C, Kolej Pengajian Alam Bina bermula pada jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang. Program ini merupakan salah satu daripada inisiatif Perpustakaan Alam Bina dalam meningkatkan budaya membaca dikalangan warga UiTM melalui kaedah dimana bahan perpustakaan yang terpilih dibawa terus kepada warga UiTM dan sedia untuk dipinjam.

Antara perkhidmatan yang dijalankan adalah pinjaman buku, pemulangan buku, servis penghantaran buku, semakan maklumat am perpustakaan, dan juga perpustakaan digital. Bagi setiap peminjam yang membuat pinjaman buku sebanyak 3 naskah akan berpeluang membuat 1 cabutan hadiah misteri.

Pihak Perpustakaan Alam Bina telah menerima sambutan yang begitu memberangsangkan dimana pengunjung beramai-ramai telah hadir menjalankan aktiviti bersama-sama dan membuat pinjaman buku. Sebanyak 54 naskah buku telah dipinjam semasa aktiviti ini dijalankan. Ini menunjukkan bahawa program ini dapat menarik minat warga UiTM untuk menggalakkan minat membaca dan mudah didekati dengan adanya program dan aktiviti yang dijalankan oleh perpustakaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *