PTAR Kampus Puncak Alam telah menjalankan Program Jom Bedah Buku Bersama Pelajar Latihan Industri pada 24 Oktober 2023 (Selasa) bertempat di Bilik Sage PTAR KPA selama 1 jam bermula jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Pelajar terlibat adalah :

  1. Anis Sofea binti Hamid – Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat, Pengurusan Perpustakaan, UiTM
  2. Nur Kamilia Najwa – Diploma Pengurusan Perpustakaan, UNISEL
  3. Ros Ariani Roslan – Diploma Pengurusan Perpustakaan, UNISEL

Buku yang telah diulas adalah :

Naif karya Mimi Salleh
Will you stay karya Norhafsah Hamid
Misi 4 Flat karya Afiq dan Nazry

Antara Objektif penganjuran program ini adalah :

1. Mengalakkan dan memupuk budaya membaca khususnya di kalangan pelajar latihan industri.

2. Mempromosikan bahan bacaan di PTAR Kampus Puncak Alam.

3. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar latihan industri dan pihak perpustakaan serta memberi pendedahan kepada pelajar untuk berfikiran kreatif dan kritis dalam memberi cadangan tentang isi kandungan sesuatu buku. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *