13 Januari 2023, Selasa – Perpustakaan Tengku Anis (PTA) UiTMCK telah mengadakan Bengkel “Refresh Your Skills@PTA” menggunakan medium bersemuka di bilik IT kepada semua staf Perpustakaan Tengku Anis UiTMCK Kampus Machang dan Kampus Kota Bharu bermula jam 9:30 pagi sehingga 4:30 petang.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memperkasakan lagi kecekapan staf PUiTM dalam melaksanakan tugasan perkhidmatan pelanggan perpustakaan dimasa akan datang mengikut keperluan perkembangan teknologi semasa. Melalui inisiatif ini juga, data dan rekod tugasan harian perpustakaan dapat dilaksanakan oleh semua staf menggunakan sistem WILS yang tidak hanya boleh diuruskan oleh staf unit perkhidmatan pelanggan sahaja. Konsep “multitasking” amat penting bagi semua staf PTA.

Terdapat dua modul bagi bengkel ini iaitu:

1.Modul Sirkulasi yang disampaikan oleh Dr. Muslim Ismail@Ahmad (Pustakawan Kanan PTA) dibantu oleh Encik Mohd Zalani Mhd Zin (Pembantu Pustakawan Kanan PTA)

2. Modul Sumber Rujukan (RDA) yang disampaikan oleh Puan Nordelina Zulkarnain (Pustakawan Kanan PTA) dibantu oleh Encik Mustazim Mustapa (Pembantu Pustakawan Kanan PTA) & Encik Ahmad Ameruddin Fauzi (Pembantu Pustakawan PTA)

Diharapkan semoga bengkel ini dapat membantu staf perpustakaan terutamanya staf PTA UiTMCK dalam menjalankan tugasan dengan lebih baik dan bengkel ini juga dibawah SDG: 4 “Quality Education” dan SDG 8: “Decent work and economic growth”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *