12 Januari 2023, Khamis – Perpustakaan Tengku Anis (PTA) telah menerima kunjungan daripada 5 buah sekolah di bawah tajaan Petronas & ICEPs seramai 200 orang pelajar tingkatan lima bagi Program UiTM Campus Tour. Antara sekolah tersebut adalah SMK Manek Urai, SMK Sultan Yahya Petra 1, SMK Pahi, SMK Laloh dan SMK Kuala Krai.

Program ini dikendalikan oleh Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang mana objektinya adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar suasana universiti serta mendorong minat mereka untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diiringi oleh beberapa orang ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Kelantan.

Taklimat Perpustakaan Tengku Anis (PTA) disampaikan oleh Pn Norfitriah Mat Seman (Pustakawan Kanan) dan Cik Sazlina Saleh (Pembantu Pustakawan). Pelajar diberi penerangan ringkas mengenai perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di perpustakaan. Library tour dilakukan sekitar PTA sejurus selepas tamat taklimat yang dikendalikan oleh beberapa orang staf PTA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *