Tarikh : 14 dan 15 April 2019
Masa : 8.30 Pagi hingga 2.30 Petang
Tempat : Dewan Sri Berangan, SMK Berangan Tumpat Kelantan

Kempen Bulan Galakan Membaca merupakan satu aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertujuan untuk mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan di kalangan murid.

Program Kempen Bulan Galakkan Membaca Peringkat Kebangsaan akan diadakan sepanjang bulan April 2019. Satu majlis pelancaran peringkat negeri Kelantan telah dilaksanakan dengan tema KE ARAH NEGARA MEMBACA #MalaysiaMembaca

Majlis Pelancaran Kem Dekad Membaca Peringkat Negeri Kelantan telah disempurnakan oleh YBhg Dato’ Dr. Mohd Gazali Bin Abas, KSU Kementerian Pelajaran Malaysia

Aktiviti – Aktiviti
Pelbagai aktiviti yang disediakan oleh pihak Perpustakaan Tengku Anis antaranya Teka Gambar, Catur, Dam Ular, Kuiz, Teka Berat Buku, Spell it Right, Photo Booth dan Congkak.

Pameran
Perpustakaan juga telah di jemput untuk mengadakan pameran kali ini bertemakan “UiTM DULU KINI DAN SELAMANYA”. PTA juga mengadakan pameran bergambar bagi aktiviti bersama sekolah-sekolah bermula Januari hingga Mac 2019.
Selain itu, kempen untuk Keahlian Luar PTA turut diadakan. Sambutan daripada pelajar dan guru amat menggalakkan.

Penyertaan
Pelajar sekolah sekitar Daerah Tumpat yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan juga sekolah menengah serta Pegawai Pendidikan Daerah dan guru-guru.

Kesimpulannya
Perpustakaan merupakan medium yang memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat melalui bahan-bahan dan aktiviti-aktiviti yang disediakan. Oleh itu, program seperti ini dapat memberi impak yang besar di samping membentuk diri pelajar agar lebih berkepimpinan dalam menguruskan sesuatu program dengan lebih baik pada masa akan datang. Program seperti ini akan dapat menyemai sikap suka membaca dikalangan pelajar dan meletakkan perpustakaan sebagai sumber rujukan maklumat.

Program kerjasama ini dapat meningkatkan hubungan rangkaian perpustakaan dengan organisasi lain dalam komuniti. Selain itu, program tersebut telah menambah kemeriahan dan impak kepada warga pendidik di samping peluang untuk mempromosi perkhidmatan perpustakaan kepada semua organisasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *