Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin telah menganjurkan Program Bedah Buku pada 17 April 2019 sempena dengan Mini Karnival Read@UNI 2019 serta bersempena dengan Program Aummm Kasi Gegar 2019. Prof Madya Dr Mohd Rasdi Zaini, Penolong Rektor UiTM Caw. Melaka Kampus Jasin telah sudi meluangkan masa serta merasmikan Mini Karnival Read@UNI. Program Bedah Buku ini telah dikendalikan oleh Moderator Dr Hazlifah Mohd Rusli, manakala Pembedah Buku adalah Puan Raihan Abu Bakar yang membedah/ berkongsi pengalaman dalam penerbitan Buku Cerita Dalam Kampus, dan Puan Ismassabah Ismail yang membedah buku Impian Jalanan oleh Teme Abdullah. Seramai 160 orang peserta yang terlibat dalam program ini terdiri dari warga kampus dan juga dari SMK Dato Haji Talib Karim, Alor Gajah, SMK Dato Abdul Rahman Yaakub, SK Kerubong dan SK Parit Gantong. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *