Majlis Perwakilan Pelajar UITM Shah Alam Sesi 2018/2019 dengan kerjasama Kelab Sahabat PTAR dan Sekretariat Mahasiswa fakulti seluruh kampus Shah Alam serta Perpustakaan UiTM telah mengadakan Speakers’ Corner Siri 2 yang  berlangsung pada April 2019 di Lobi PTAR  Utama, Shah Alam dari jam 12 tengahhari  ke  2 petang. 

Program ini menyokong hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memberi peluang kepada mahasiswa melontarkan idea secara terbuka dan intelektual

Program yang diadakan di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam ini juga merupakan salah satu inisiatif dari program Read@Uni yang disarankan oleh KPM kepada setiap kampus dalam usaha membuat perkongsian ilmu dengan berhujah dan memberikan pandangan serta kemukakan solusi yang terbaik.

Bertemakan ‘Apa anda ingin ubah?’ Speaker’s Corner kali ini turut menampilkan 6 peserta iaitu Khairina Abdul Malik yang membawa hujah bertajuk Reformation on Malaysia Education System, Muhammad Mohd Shah, dengan tajuknya Pemikiran ke Arah Kepimpinan yang Matang, Nur Ezzaty Mohd Ibrahim, Ubah Tentang Diri Anda, Siti Norsyafiqah Jalaluddin, Atasi Gugup Pentas Ubah Masa Depan, Nurfadlina Mohd Lutfi, Merubah Kegagalan Jadi Kejayaan dan Sofea Jasmeen Johari yang membawa tajuk Mahasiswa Agen Transformasi. 

video live 
https://www.facebook.com/uitmrasmi/videos/651150795322516/

#UiTMDiHatiku
#libraryuitm
#malaysiamembaca
#uitmread
#readatuni

#MPP1819
#UnityTowardsEmpowerment
#48United
#SpeakersCorner

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *