Program : Program Pengantarabangsaan Technical Visit and Corporate Social Responsibility (CSR), Bandung. Indonesia – Kembara Budaya dan Khidmat Masyarakat anjuran Persatuan Palapes UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin dengan kerjasama Strategik Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Kampus Jasin dan Ibzura World Travel And Tours
Tarikh : 20-25 Ogos 2019
Tempat : Bandung, Indonesia

Program Pengantarabangsaan ini mendapat sokongan dan kerjasama dari Fakultas Ekonomi dan Pendidikan Bisnes dari Universitas Pendidikan Indonesia. Antara aktiviti sepanjang 20-25 ogos 2019 yang dijalankan adalah perkongsian pengetahuan mengenai aktiviti persatuan antara mahasiswa UiTM dan UPI, perkongsian projek pelajar dari Fakulti Sains Komputer dan Matematik dan Fakulti Perladangan dan Agroteknologi UiTM serta Fakultas Ekonomi dan Pendidikan Bisnes UPI, penerangan mengenai pembangunan dan pembelajaran robotik di UPI, seterusnya lawatan berinformasi ke Museum Angkatan Tentera Indonesia.

Tambahan aktiviti yang dijalankan semasa program ini adalah Lawatan ke kebun tanaman tomato, sawi, strawberry dan salad, pemberian sumbangan prihatin kepada 110 buah keluarga yang terdiri daripada 4 perkampung di daerah Cikole, Lembang. Selain itu, Program bicara buku (story telling) kepada lebih 70 kanak-kanak.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *