Program : Bicara Buku – Sesi Perkongsian Istimewa Khas Sempena Bulan Kemerdekaan
Tarikh : 28 Ogos 2019
Tempat : Ruang Waqaf, PTAR UiTM Jasin

Bicara Buku Istimewa (Kupasan Buku) yang dikongsi sendiri oleh Kolonel Adi Ridzwan bin Abdullah – Komandan Pusat Latihan Peperangan Khusus Tentera Darat (PULPAK) yang merupakan salah seorang penulis buku bertajuk : Malaysian Armed Forces: The Nation’s Shield : 80th Anniversary. dibawah program Read@UNI.

Beliau telah mengupas pengalaman beliau sendiri dalam operasi Lahad Datu dan juga pembangunan buku ini yang memakan masa hampir 1 tahun bagi menyiapkan kandungan buku tersebut. Bicara Buku Istimewa ini merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan dengan tema Sayangi Malaysiaku. Malaysiaku bersih yang dianjurkan PTAR UiTM Jasin.

Warga BAKAT/PULPAK dan tetamu lain yang hadir didalam majlis ini juga dibawa melawat ke Pertandingan Robotik yang dianjurkan pihak STEM dengan kerjasama Fakulti Sains Komputer dan Matematik yang berlangsung di Aras 3 Bangunan Perpustakaan dan juga di beri penerangan mengenai kempen kampus hijau – go green yang sedang giat dijalankan UiTM Jasin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *