Program : BookReview @PTAR Kampus Rembau
Tarikh : Sepanjang tahun 2019
Lokasi : PTAR, UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau

Dalam usaha PTAR Kampus Rembau menyokong program Read@Uni ini, Program Book Review @PTAR Kampus Rembau telah dilaksanakan sebagai satu langkah untuk menggalakkan budaya membaca dikalangan warga UiTM Kampus Rembau khususnya. Pengguna perpustakaan akan diberi peluang untuk membuat ulasan buku terhadap buku yang mereka baca samaada milik sendiri ataupun dipinjam di Perpustakaan. Ulasan buku boleh dibuat samaada melalui video atau penulisan dimana setiap ulusan buku ini akan dimuatnaik atau repost di dalam media sosial PTAR Kampus Rembau dengan menggunakan tagar (#) #UiTMmembaca, #Malaysiamembaca, #readuitm, #UiTMN9membaca, #bookreview. Setiap pengguna yang menyumbangkan dan membuat ulasan buku ini akan diberikan cenderahati sebagai tanda penghargaan serta galakan kepada mereka untuk menyumbangkan lagi idea dan ulasan- ulasan buku yang lebih menarik untuk dikongsi kepada pengguna yang lain.

Antara objektif Program Book Review @PTAR Kampus Rembau ini adalah:

  • Berkongsi maklumat dan bahan bacaan dengan pengguna yang lain mengenai perihal buku yang dibaca
  • Untuk menggerakkan aktiviti galakan membaca bagi melahirkan warga yang berbudaya membaca dan mencintai ilmu
  • Meningkatkan tahap pembacaan warga UiTM Kampus Rembau khususnya dan rakyat Malaysia amnya

Untuk maklumat lanjut boleh layari: https://www.facebook.com/hashtag/bookreviewptarkampusrembau?source=feed_text&epa=HASHTAG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *