UNIT KOMUNIKASI KORPORAT, PTAR SHAH ALAM Jumaat | 19 April 2019

JASIN – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin telah menganjurkan Program Bedah Buku sempena dengan Mini Karnival Read@UNI 2019 bersempena dengan Program Aummm Kasi Gegar 2019.

Penolong RektorUiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin, Prof Madya Dr Mohd Rasdi Zaini, telah sudi meluangkan masa serta merasmikan Mini Karnival Read@UNI.

Program Bedah Buku ini telah dikendalikan oleh Moderator Dr. Hazlifah Mohd Rusli, manakala Pembedah Buku adalah Raihan Abu Bakar yang membedah atau berkongsi pengalaman dalam penerbitan Buku Cerita Dalam Kampus, dan Ismassabah Ismail yang membedah buku Impian Jalanan oleh Teme Abdullah.

Seramai 160 orang peserta yang terlibat dalam program ini terdiri dari warga kampus dan juga dari SMK Dato Haji Talib Karim, Alor Gajah, SMK Dato Abdul Rahman Yaakub, SK Kerubong dan SK Parit Gantong.

Sumber:
https://kampusuols.com/article/428565/U-In-News/MLK-N.9/Program-Bedah-Buku-sempena-Mini-Karnival-Read@Uni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *