REMBAU, 10 & 12 Jun 2025 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Negeri Sembilan telah mengadakan sesi pembelajaran bagi kursus IML465 yang melibatkan pelajar CDIM2602A dan CDIM2602B daripada Fakulti Sains Maklumat.
Sesi Teaching Library ini telah disampaikan oleh En. Syaiful HIsyam Saleh, Pustakawan PTAR Kampus Seremban dan En. Muhammad Shafiq Amirullah, Pustakawan PTAR Kampus Kuala Pilah, yang membincangkan secara mendalam dalam peranan penting pustakawan rujukan dalam membantu pencarian maklumat yang tepat dan berkesan melalui projek ini, peserta dilatih menggunakan sumber perpustakaan secara bijak, meningkatkan literasi maklumat, dan memahami teknik pencarian yang efisien.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pensyarah kursus, Pn. Intan Nurbaizura Zainuddin, atas usaha dan dedikasi dalam memperkasa kefahaman pelajar dalam bidang sains maklumat.
