KUALA PILAH, 10 Mac 2026 – Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Negeri Sembilan telah menganjurkan Sesi Libat Urus bersama Warga Akademik di UiTM Kampus Kuala Pilah yang telah disampaikan oleh Encik Muhammad Shafiq Amirullah, Pustakawan PTAR Kampus Kuala Pilah.
Penganjuran sesi libat urus ini melibatkan Ketua Pusat Pengajian, Koordinator program, Pegawai Perhubungan Perpustakaan yang dilantik serta para pensyarah yang berkelapangan. Program dimulakan dengan ucapan aluan daripada Puan Jamilah Md Yusoff, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan.
Objektif pelaksanaan program adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada warga akademik mengenai fungsi dan tanggungjawab perpustakaan dalam menyokong kepada keperluan akademik universiti, memberi pemakluman kepada warga akademik koleksi serta perkhidmatan terkini yang ditawarkan oleh perpustakaan, seterusnya sebagai medan perbincangan dua hala antara pihak perpustakaan dan warga akademik.
Turut dilaksanakan, sesi taklimat ringkas cadangan perolehan bahan sumber rujukan universiti bagi tahun 2026 menerusi sistem PERMATA yang disampaikan oleh Encik Muhamad Azrin Ismail, Pustakawan PTAR Kampus Kuala Pilah. Pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih di atas kehadiran serta komitmen warga akademik sepanjang program berlangsung.
