Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Sesi Libat Urus Pengurusan Rekod & Arkib Universiti Bersama PTj UiTM Cawangan Negeri Sembilan

KUALA PILAH, 4 Jun 2025 - Satu sesi libat urus pengurusan rekod dan arkib universiti telah diadakan secara telesidang, bersama PTj di UiTM Cawangan Negeri Sembilan yang melibatkan kesemua Pegawai Pengurus Rekod (PRJ) dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ) yang telah dilantik.

Sesi ini memberi fokus terhadap pengurusan rekod jabatan, khususnya melibatkan pembangunan klasifikasi fail baharu yang telah diwartakan oleh Jabatan Arkib Universiti UiTM. Program ini telah dikendalikan oleh Encik Muhamad Azrin Ismail, Pustakawan dan dibantu oleh Puan Halimah Mohamad Zahari, Pembantu Pustakawan Kanan dari Unit Arkib Cawangan Negeri Sembilan.

Pihak pengajur mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terhadap semua PTj di atas penyertaan dan segala kerjasama yang diberikan bagi menjayakan program ini.

 

Tags: