KUALA PILAH, 3 Jun 2025 – Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah telah mengadakan kursus Refresher Course: Sistem PERMATA bersama staf PTAR Kampus Kuala Pilah yang telah disampaikan oleh Encik Muhammad Shafiq Amirullah, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah.
Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberi penekanan semula terhadap penggunaan fungsi, aplikasi serta paparan baharu sistem perpustakaan iaitu sistem PERMATA, termasuk sistem PERMATA LMS, PERMATA Search dan portal PERMATA itu sendiri.
Pelaksanaan kursus ini membantu staf PTAR Kampus Kuala Pilah khususnya dalam meningkatkan kemahiran penggunaan sistem perpustakaan, secara tidak langsung melancarkan lagi proses kerja dalam melaksanakan tugasan harian.