Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Program Book Nation: Clicksmart With PTAR

Program Book Nation: Clicksmart With PTAR

6 Disember 2025 | 16 Jamadilakhir 1447H – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Rafflesia telah mengadakan PROGRAM BOOK NATION: CLICKSMART WITH PTAR bertempat di Dewan Serbaguna Rafflesia, Kompleks Kemudahan Pelajar Rafflesia. Seramai 744 peserta telah menyertai program yang diadakan selama 2 jam setengah.

Sesi Perkongsian Ilmu telah disampaikan oleh Puan Hafiza Mustape, Pustakawan Kanan PTAR Kampus Puncak Alam yang memberi focus kepada elemen perkhidmatan digital PTAR terutamanya PERMATA Mobile Apps. Program ini juga merupakan satu inisiatif kreatif di bawah Program Pembudayaan Ilmu PTAR yang menggabungkan elemen perkongsian ilmu dan Telaah atau resensi buku bersama pelajar. Empat orang pelajar telah mebuat telaah buku bacaan mereka dengan jayanya. Dalam program ini juga, PTAR turut menyumbangkan sebanyak 20 buah buku kepada Iqra’ Corner Kolej Rafflesia.
Matlamat utama program ini adakah bertujuan memperkasa budaya ilmu serta meningkatkan tahap literasi maklumat dalam kalangan warga kampus melalui pendekatan yang interaktif, santai dan mesra digital. 

OBJEKTIF PROGRAM
i.        Memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang penggunaan platform e-book dan pangkalan data PTAR.
ii.        Meningkatkan kemahiran carian maklumat yang sahih, berkualiti dan mudah diakses.
iii.        Memupuk minat membaca melalui sumber digital selaras dengan trend pembelajaran abad ke-21.
iv.        Mengeratkan hubungan kerjasama antara PTAR dan JPK dalam usaha memperkasa budaya ilmu.
v.        Mengukuhkan pelaksanaan Program Pembudayaan Ilmu PTAR melalui pendekatan digital dan inovatif.
vi.        Memperkenalkan PERMATA Mobile Apps sebagai platform utama untuk akses ilmu dan sumber maklumat PTAR.

IMPAK PROGRAM
i.        Memberi pendedahan jelas kepada mahasiswa tentang kepentingan literasi digital.
ii.        Meningkatkan kebolehan peserta mencari maklumat sahih menggunakan platform PTAR.
iii.        Menarik penyertaan pelajar melalui aktiviti interaktif.
iv.        Mempertingkat hubungan kerjasama antara PTAR dan JPK dalam mempromosikan budaya ilmu.

Secara keseluruhannya, Program Book Nation: ClickSmart with PTAR telah memberikan impak positif dan berjaya membuka peluang kepada pelajar untuk menguasai kemahiran literasi maklumat melalui teknologi digital. Kerjasama strategik antara PTAR dan JPK Kolej Rafflesia diharapkan akan diteruskan dalam usaha memperkasa budaya ilmu dalam kalangan warga kampus.

Tags: