KUALA PILAH, 6 Ogos 2025 - Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah telah menganjurkan program Literasi Sekolah bersama SMK Dato' Abdul Samad, Kuala Pilah. Pengisian program termasuklah slot Literasi Maklumat yang disampaikan oleh Encik Mohd Rusedzwan Mohd Idris, Pembantu Pustakawan Kanan dan slot Speed Reading 101 bersama Encik Muhammad Shafiq Amirullah, Pustakawan PTAR Kampus Kuala Pilah yang telah disertai oleh pelajar-pelajar Tingkatan 2.
Program melabuhkan tirai dengan sesi penyampaian cenderahati oleh Ketua Perpustakaan Cawangan, Puan Jamilah Md Yusoff kepada wakil SMK Dato' Abdul Samad sebagai tanda penghargaan. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang pelaksanaa program.