Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Program Lestari@PTAR 2.0 - SDG Talk

Program Lestari@PTAR 2.0 - SDG Talk

26 JUN 2025 | 29 ZULHIJJAH 1446H (KHAMIS)
PROGRAM LESTARI@PTAR 2.0 - SDG TALK
 
Alhamdulillah, Program SDG Lestari@PTAR 2.0 anjuran Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Sarawak kolaborasi bersama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 25 Jun 2025 (Rabu) yang lalu bertempat di Ruang LCE, PTAR Kampus Samarahan 2, UiTM Cawangan Sarawak. Program ini merupakan kesinambungan inisiatif ke arah menyokong Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals – SDG) yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
 
Program ini merupakan kesinambungan inisiatif PTAR dalam menyokong pelaksanaan Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals - SDG) dalam konteks perpustakaan dan pendidikan tinggi. Antara pengisian utama program ialah ceramah khas bertajuk "SDG in Public Sector: A Malaysian Experience" yang telah disampaikan oleh Dr. Yussri Sawani, Pensyarah Kanan, Fakulti Perakaunan, UiTM Cawangan Sarawak. Perkongsian dari pihak UiTM Green Centre Shah Alam juga turut diadakan pada sesi kali ini, dan telah disampaikan oleh Sr Dr. Wan Samsul Zamani Wan Hamdan, Timbalan Pengarah, UiTM Green Centre, Jabatan Pembangunan.
 
Kedua-dua penceramah telah berkongsi pengalaman serta pandangan yang amat bermakna mengenai:
 
🔹 Pelaksanaan SDG dalam konteks sektor awam Malaysia
🔹 Peranan institusi pengajian tinggi dan perpustakaan dalam menjayakan agenda lestari
🔹 Usaha bersepadu ke arah kampus hijau dan amalan lestari di UiTM
 
Pihak PTAR merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada para penceramah jemputan, peserta program, serta semua pihak yang telah menjayakan program ini secara langsung dan tidak langsung. Semoga usaha ini terus memperkukuh budaya ilmu, tindakan lestari dan kesedaran bersama demi masa depan yang mampan.
Tags:

Please publish modules in offcanvas position.