Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Program Glow & Grow: Confidence For All

Pada 14 Jun 2025, satu program bertemakan "Glow & Grow: Confidence For All" telah berjaya dianjurkan di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Kampus Bandaraya Melaka. Program yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 1.30 tengah hari ini merupakan inisiatif oleh pelajar UiTM Cawangan Melaka dengan kerjasama BOSS (Brotherhood of Operation Student Society) dan Perpustakaan Tun Abdul Razak. Program ini bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri dalam kalangan pelajar melalui aspek gaya hidup, penjagaan diri dan penampilan yang positif. Ia turut memberi inspirasi kepada peserta agar lebih yakin mengekspresikan diri dalam suasana etiket profesional dan sosial.

Menariknya, program ini menampilkan penampilan khas daripada Elina Aisyah, seorang pencipta kandungan yang dikenali dalam bidang gaya hidup, kecantikan dan fesyen. Kehadiran beliau telah memberikan suntikan motivasi serta perkongsian pengalaman berharga kepada para peserta.

Tema pemakaian untuk program ini ialah White & Nude tones, selari dengan konsep elegan dan minimalis yang ingin ditonjolkan. Sepanjang program, pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti sesi perkongsian, soal jawab dan pameran berkaitan penjagaan imej dan pembangunan diri.

Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya mencapai matlamatnya dalam membina keyakinan serta memberi inspirasi kepada pelajar untuk terus berkembang secara holistik dari segi peribadi dan profesional.

Follow & Like Us:

PTAR UiTM Cawangan Melaka

https://linktr.ee/ptaruitmmelaka

Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.