Speed Reading Workshop @PDJH

Perpustakaan Dato’ Jaafar Hassan (PDJH) telah menganjurkan Speed Reading Workshop pada hari Selasa, 16 Julai 2024 bermula pada pukul 10.00 pagi di Makmal Komputer PDJH2. Program selama 2 jam ini melibatkan 18 orang kakitangan PDJH. Penceramah bagi Speed Reading Workshop pada kali ini ialah Cik Nor Azrina Kasim, Pustakawan PDJH UiTM Cawangan Perlis.

Antara objektif penganjuran Speed Reading Workshop adalah:

  • Memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari teknik bacaan pantas.
  • Meningkatkan keyakinan diri ketika membaca serta memupuk minat membaca.
  • Menggalakkan pembacaan di kalangan peserta serta membina kompetensi pembacaan.
  • Mengesan kelajuan atau kepantasan bacaan peserta mengikut kadar perkataan per minit.

Program bermula dengan pendedahan mengenai pengenalan teknik bacaan pantas kepada peserta. Peserta melakukan ujian pada awal program bagi membolehkan peserta menilai tahap kepantasan bacaan secara kendiri. Peserta didedahkan kepada pelbagai teknik sepanjang program antaranya teknik fixation untuk meningkatkan kepantasan bacaan. Program Speed Reading Workshop anjuran PDJH seterusnya akan melibatkan seluruh Pusat Tanggungjawab (PTJ) UiTM Cawangan Perlis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *