TAKLIMAT SPEED READING INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

12 Julai 2024, Jumaat – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka telah menjalankan Taklimat Speed Reading kepada seramai 141 orang peserta dari Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Perempuan Melayu. Taklimat ini telah disampaikan oleh Puan Maznah binti Maarof, Pustakawan Kanan, PTAR.

Antara objektif taklimat ini dijalankan adalah :

  1. Pengenalan Speed Reading
  2. Meneroka dan membangunkan asas kemahiran Speed Reading
  3. Mempelajari teknik Speed Reading
  4. Mengenalpasti halangan Speed Reading
  5. Mengenalpasti faktor yang dapat mempercepatkan Speed Reading

Taklimat ini adalah dalam usaha untuk merangsang minat membaca dan meluaskan ilmu dengan tujuan untuk menguasai teknik membaca laju secara bekesan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *