6 Mac 2024, Rabu – Webinar Speed Reading ini dianjurkan oleh pihak Unit Jurnal dan Penerbitan Universiti (JPU), Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri (PJI) UiTM Cawangan Melaka dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka. Program telah dijalankan secara atas talian melalui aplikasi WEBEX. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pensyarah UiTM Cawangan Melaka tentang kemahiran speed reading dikalangan staf UiTM dalam membantu proses pembacaan dan penulisan penyelidikan secara sistematik dan cekap serta dapat membantu meningkatkan hasil penulisan dan penyelidikan di seluruh universiti.
Speed Reading atau Bacaan Pantas adalah kombinasi kemampuan gerakan mata atau kemampuan visual dengan kemampuan kognitif individu dalam membaca. Proses yang melibatkan kombinasi antara kepantasan membaca dengan pemahaman isi bacaan. Seramai 80 orang peserta yang telah menyertai webinar ini yang terdiri daripada pensyarah UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah, Bandaraya Melaka, Jasin dan juga Shah Alam.
Webinar ini telah disampaikan oleh Team Speed Reading PTAR UiTM Cawangan Melaka sendiri iaitu Puan Maznah Maarof dan Puan Siti Haidah Md Aziz sebagai penceramah dan Encik Muhammad Shafiq Snin sebagai Fasilitator.
Antara objektif utama webinar ini dianjurkan adalah :
1. Memberi pendedahan mengenai kemahiran speed reading seperti:
a. Mengira kadar bacaan dalam bentuk per minit sebelum dan selepas pembelajaran
b. Mengenalpasti punca dan faktor yang melambatkan bacaan
c. Mengenalpasti punca dan faktor yang dapat memepercepatkan bacaan
d. Mengetahui dan menggunakan teknik bacaan pantas ketika membaca
2. Menambahkan rekod penerbitan para pensyarah dan UiTM Cawangan Melaka.
3. Mewujudkan budaya penyelidikan di kalangan staf UiTM Cawangan Melaka ke arah mencapai semua objektif kualiti yang ditentukan oleh UiTM Cawangan Melaka.
4. Mencapai petunjuk prestasi (PI) dalam perancangan strategik UiTM Cawangan Melaka.
5. Meningkatkan visibiliti UiTM Cawangan Melaka.