1 Mac 2024, Jumaat – Unit Jurnal dan Penerbitan Universiti (JPU), Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri (PJI), UiTM Cawangan Melaka dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Melaka telah mengadakan Bengkel Tatacara Paper Machine@ UiTM Cawangan Melaka 2024. Taklimat dijalankan secara atas talian, menggunakan platform Cisco Webex, bermula jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi dan disertai oleh warga penyelidik UiTM Cawangan Melaka.
Pada sesi kali ini, taklimat sepenuhnya disampaikan oleh Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah dengan dibantu oleh Dr. Raihah Aminuddin, Penyelaras Data Penerbitan, Unit JPU, Bahagian PJI, UiTM Cawangan Melaka selaku moderator. Tujuan bengkel ini diadakan bagi meningkatkan pemahaman penyelidik tentang tatacara penggunaan Paper Machine yang lebih teratur dan sistematik seterusnya membantu penyelidik dalam menerbitkan bahan dengan menggunakan platform Paper Machine@ UiTM.
Setinggi terima kasih diucapkan kepada Unit Jurnal dan Penerbitan Universiti (JPU), Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri (PJI), atas jemputan serta Cik Hazlin Ibrahim Khan yang sudi menyampaikan taklimat. Semoga dengan adanya bengkel seperti ini dapat membantu warga penyelidik dalam menghasilkan jurnal dan bahan penulisan yang berimpak tinggi.