Pelancaran Kempen Galakan membaca : 1 Buku 1 Staf PTAR UiTM Cawangan Melaka
5 Mac 2024, Selasa – PTAR UiTM Cawangan Melaka telah mengadakan pelancaran Kempen Galakan Membaca : 1 Buku 1 Staf bagi ketiga-tiga kampus. Kempen ini adalah inisiatif yang telah di aspirasikan oleh peringkat PTAR UiTM Shah Alam dan diperluaskan ke peringkat Perpustakaan Cawangan / Kampus.
Kempen ini juga bagi menyokong Program Read@UiTM dalam penyeragaman pelaksanaan program penggiatan budaya membaca peringkat Perpustakaan UiTM. Kempen ini dimulai dengan penglibatan sepenuhnya oleh warga PTAR UiTM Cawangan Melaka dan akan diperluaskan ke warga UiTM Cawangan Melaka.
Antara objektif utama kempen ini diadakan adalah untuk :
1. Memupuk kesedaran di kalangan staf betapa pentingnya membaca sepanjang hayat
2. Mengamalkan membaca pelbagai sumber bahan dan memupuk membaca sebagai budaya di kalangan staf
3. Meningkatkan kesedaran dalam kalangan staf tentang kepentingan membaca sebagai kunci ilmu pengetahuan yang tidak terbatas
4. Memupuk minat dan tabiat membaca sebagai satu gaya hidup khususnya dikalangan staf dan warga UiTM pada masa kini dan akan datang
5. Mempertingkatkan penglibatan staf perpustakaan dalam aktiviti berkaitan pembacaan dan keilmuan
6. Merapatkan warga staf perpustakaan dengan bahan bacaan dan memupuk minat membaca dalam organisasi pendidikan
7. Menanam budaya membaca ke arah melahirkan staf yang berpengetahuan, pemikir dan kreatif
“Perpustakaan bukan sahaja menyediakan bahan bacaan untuk penggunanya, malah adalah menjadi tanggungjawab kami juga warga PTAR memupuk dan memberi kesedaran minat membaca ini bermula dari kami, juga pelbagai aktiviti berkaitan yang kami sediakan” kata Norhazlan Nordin, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan.
Semoga dengan adanya program seperti ini dapat memberi manfaat kepada semua di dalam usaha menambah pengetahuan dan galakan perkongsian ilmu serta memupuk budaya membaca di kalangan warga UiTM.