MODUL INFORMATION LITERACY LSC 100- INTERIM

TARIKH: 29.7.2019                                          MASA: 8.00 PAGI – 12.30 TGH  

TEMPAT: PTA DAN BILIK D 211-213 BLOK D

Modul Information Literacy Skill bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar kepada perpustakaan merangkumi persekitaran, sumber bahan, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan untuk warga UiTM serta meningkatkan kemahiran pengaksesan maklumat perpustakaan. Modul LSC 100 telah Berjaya dilaksanakan kepada hampir 1625 mahasiswa UiTM Cawangan Kelantan di bawah Minggu Interim pada 27 Julai yang lalu. Modul telah dijalankan secara serentak melibatkan PTA, Bilik Kuliah D211 dan Bilik Kuliah 213 yang melibatkan hampir 700 orang pelajar pada sesi 1 (8-10 pagi) dan 830 orang pada sesi 2 (10.30-12.30 tgh). Melalui Modul LSC 100, para pelajar telah diberikan Taklimat pengisian Modul serta tayangan Video MOCC modul oleh Pustakawan Kanan merangkumi carian bahan dalam WebOPAC, fungsi My Account dan pengenalan kepada My Library System. Para Pembantu Pustakawan Kanan dan Pembantu Pustakawan bertindak sebagai fasilitator sepanjang sesi modul diadakan. Sesi lawatan berpandu perpustakaan turut diadakan bagi kumpulan pelajar yang mengikuti sesi modul di Perpustakaan Tengku Anis (PTA).   Aktiviti Kuiz Santai berkenaan taklimat Modul juga diadakan dan para pelajar yang Berjaya menjawab soalan kuiz dengan tepat turut diberikan hadiah oleh PTA. Rata-rata para mahasiswa sangat gembira dengan perjalanan program interim ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *