Tarikh: 5 hingga 7 Ogos 2019
Masa:
Sesi Pagi ( 8.00-10.00 pagi ) ( 10.30 – 12.30 tengahari) 5hb dan 7hb Ogos 2019
Sesi Petang (2.00 – 4.00 Petang) (2.30 -6.30 Petang) untuk 6hb Ogos 2019
Perlaksananan Modul Information Literacy bagi pelajar Interim melibatkan 3 Modul iaitu LSC 101, LSC 102 dan LMS 300 dan LMS 301 telah dijalankan pihak Perpustakaan Tengku Anis melibatkan gabungan kerjasama antara Pustakawan Kanan (Penceramah), staf PTA dan Pelajar Latihan Industri (Fasilitator) dan sukarelawan daripada PTA Readers Club. Kesemua Modul ini telah dijalankan bermula 5 Ogos sehingga 7 Ogos 2019 melibatkan lokasi seperti Perpustakaan Tengku Anis, Dewan Professional dan juga Bilik Kuliah Blok D. Seramai 3,918 pelajar telah menghadiri ketiga tiga Modul yang telah dijalankan oleh pihak PTA. Memandangkan jumlah kemasukan pelajar yang ramai, sesi pengajaran Modul telah dipecahkan kepada dua sesi bagi setiap Modul melibatkan anggaran pelajar seramai 750 orang. Selain sesi pengajaran kandungan Modul, pelbagai aktiviti juga turut diadakan seperti Ulasan Buku Kegemaran Saya, Kuiz Sejarah Malaysia dan Nyanyian Lagu Patriotik. Peserta yang Berjaya menjawab soalan Kuiz Sejarah dan sukarela berkongsi Ulasan Buku Kegemaran Mereka telah diberikan sedikit token oleh Pihak PTA berupa buku Nota PTA, Pen dan juga makanan.