PROGRAM REHAT MINDA UPSR 2019 SK MENTERA

Tarikh :  21 Ogos 2019  

Lokasi : Aras Atas , Ruangan Bacaan PTA ( berhadapan Kaunter UPM )

Penceramah : Pn Nordelina Zulkarnain ( Pustakawan Kanan , PTA )

Seramai 45 orang Pelajar Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Meranti Kota Bharu diiringi oleh 6 orang Guru Pengiring termasuk Guru Penolong Kanan Pentadbiran telah mengunjungi Perpustakaan Tengku Anis sempena Program Rehat Minda UPSR 2019 yang melibatkan melibatkan kerjasama antara SK Mentera dan Perpustakaan Tengku Anis. Program ini bermula jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 1.15 petang. Antara objektif utama program ialah untuk merehatkan minda para calon UPSR setelah berbulan bulan membuat persiapan dan menghadiri Kelas Tambahan yang anjuran pihak sekolah. Menurut Guru Penyelaras Sekolah Cikgu Habshah bin Mohamad para pelajar telah menghadiri  kelas tambahan UPSR dan juga Kelas Intensif UPSR hingga ke waktu malam dan ini menyebabkan pihak sekolah menganjurkan program yang santai dan merehatkan minda para calon UPSR dengan membuat lawatan dan program bersama pihak Perpustakaan Tengku Anis dan juga aktiviti mandi kolam di Putra Valley Tanah Merah Kelantan. Pengisian program yang telah dijalankan adalah seperti:

  1. Impianku: Perkongsian Bersama Pustakawan Kanan Pn Nordelina Zulkarnain
  1. Aktiviti Latihan dalam Kumpulan (3 Aktiviti LDK) dibimbing oleh 10 orang Fasilitator yang terdiri daripada Pelajar Latihan Industri dan Juga Staf PTA

Majlis Perasmian dan Penutup Program telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Raduan bin Hassan, Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Mentera, Kota Bharu. Para peserta telah diberikan notepad PTA dan fail sebagai cenderamata program. Maklumbalas daripada para peserta dan Guru Pengiring sangat baik dan mereka sangat berpuas hati dengan pengisian aktiviti program yang telah dijalankan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *