Encik Abdul Samad Ibrahim, Ketua Unit Latehan RIDA mentadbir Dewan Latehan RIDA menggantikan Pengetuanya Tuan Syed Alwi Syed Sheikh Al-Hadi yang tamat tempoh perkhidmatan pada 30 Jun 1958. Perlantikan beliau bagi memangku tugas pengetua berkuatkuasa pada 1 Julai 1958 hingga 15 Januari 1959.
Pengambilan pelajar bagi sesi 1958/59 ialah seramai 13 orang, jumlah pelajar bagi sesi 1958/59 ialah seramai 33 orang. Encik Abdul Samad merupakan anak kepada Ibrahim dan Putih Rokiah. Beliau dilahirkan pada 15 Februari 1899 di Kampung Menora, Daerah Hilir Perak.
Pada tahun 1918, beliau lulus peperiksaan School Final Examination for Std VII (setaraf LCE @ PMR). Setelah tamat peperiksaan Normal Class Examination di Anglo Chinese School (ACS), Ipoh, beliau mula berkhidmat sebagai Cikgu di sekolah yang sama selama 4 tahun. Pada usia 23 tahun beliau diminta untuk berpindah ke Anglo Chinese School (ACS), Teluk Anson (Teluk Intan) yang baru dibuka. Beliau seorang yang pakar dalam gimnastik kerana mendapat latihan daripada bekas tentera Sikh di ACS, Ipoh. Beliau berkhidmat sebagai guru selama 36 tahun. Beliau juga membuka kedai buku Samad Bookstore sejak tahun 1925.
Rujukan
1. Laporan Tahunan RIDA 1958 dan 1959
2. Documenting A Destiny (1956-2006 )
3. Shaping a Dream (1956-1999)