Tadbir urus merupakan rujukan utama dalam pengurusan dan pentadbiran di universiti supaya proses pembuatan keputusan dibuat secara telus dan berintegriti. Tadbir Urus Kolej Pengajian disediakan bagi panduan pengurusan kolej untuk melaksanakan operasi yang berkaitan dengan pengurusan fakulti, hal ehwal akademik, pengurusan pelajar dan lain-lain.
Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menjalankan satu proses penstrukturan semula entiti akademik bagi memastikan keberkesanan pengurusan dan keberlangsungan kecemerlangan akademik. Proses ini telah melalui beberapa peringkat kelulusan jawatankuasa dan pihak berkuasa berkaitan sebelum diluluskan sepenuhnya. Berikut adalah kronologi penting yang membawa kepada kelulusan penstrukturan tersebut:
- Mesyuarat Majlis Eksekutif Universiti (MEU) Langkah pertama bermula pada 26 Februari 2020 melalui Mesyuarat Majlis Eksekutif Universiti ke-6, yang membincangkan dan menyokong cadangan awal penstrukturan fakulti.
- Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) ke-175 Seterusnya, pada 15 September 2020, cadangan ini dibentangkan dalam Mesyuarat LPU ke-175 dan mendapat sokongan serta kelulusan untuk dikemukakan kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
- Surat Kelulusan KPT Pihak KPT melalui surat bertarikh 23 Oktober 2020 telah memberikan persetujuan terhadap penstrukturan semula entiti akademik UiTM, sekaligus menandakan satu langkah besar ke arah pelaksanaan cadangan ini.
- Mesyuarat LPU ke-178 pada 8 Mac 2021, Mesyuarat LPU ke-178 telah memutuskan untuk melaksanakan penstrukturan fakulti kepada Kolej Pengajian Kejuruteraan sebagai perintis. Pelaksanaan ini menggunakan struktur asas yang telah diluluskan dalam mesyuarat LPU terdahulu dan disokong oleh kelulusan KPT. Tarikh kuat kuasa pelaksanaan ini ditetapkan pada 29 Mac 2021. Manakala bagi kolej pengajian lain, penstrukturan ditangguhkan sehingga ketetapan selanjutnya dibuat.
- Mesyuarat LPU ke-182 pada 16 November 2021, LPU melalui mesyuarat ke-182 meluluskan pelaksanaan penuh bagi Kolej Pengajian Kejuruteraan, Kolej Pengajian Seni Kreatif serta meneruskan penstrukturan bagi kolej-kolej pengajian lain.
SENARAI JAWATAN PENGURUSAN KOLEJ PENGAJIAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
- Penolong Naib Canselor
- Dekan (Akademik dan Antarabangsa)
- Dekan (Hal Ehwal Pelajar)
- Dekan (Penyelidikan dan Inovasi)
- Dekan (Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni)
- Ketua Pengajian
- Ketua Pengajian Pasca Siswazah
- Ketua Pentadbiran
- Ketua Kewangan
- Ketua Unit Kualiti dan Strategi
SENARAI JAWATANKUASA TADBIR URUS PENGOPERASIAN KOLEJ PENGAJIAN
EKSEKUTIF
- Jawatankuasa Eksekutif Kolej Pengajian (JEK)
- Jawatankuasa Pelan Penggantian Pentadbir Akademik
AKADEMIK
- Jawatankuasa Akademik Kolej Pengajian (JAKP)
- Jawatankuasa Akademik Pengajian Pasca Ijazah Kolej Pengajian
- Jawatankuasa Kurikulum Kolej Pengajian
- Jawatankuasa Pengajaran Dan Pembelajaran Kolej Pengajian
- Jawatankuasa Pentaksiran Dan Penilaian Akademik Kolej Pengajian
- Jawatankuasa Pengurusan Jadual Waktu Kuliah
- Jawatankuasa Pengurusan Penilaian Akademik
PELAJAR
- Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kolej Pengajian
- Jawatankuasa Tatatertib Pelajar (Akademik)
- Jawatankuasa Tabung Amanah Pelajar (diletak bawah Tadbir Urus Kewangan)*
SUMBER MANUSIA
- Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) Kolej Pengajian
- Jawatankuasa Kecil Kesepakaran Kolej Pengajian
- Jawatankuasa Temuduga Kakitangan Pengurusan dan Profesional (Akademik)
PENYELIDIKAN
- Jawatankuasa Penyelidikan Kolej Pengajian
KEWANGAN
- Jawatankuasa Teknikal dan Peralatan
- Jawatankuasa Akaun Amanah/Tabung Amanah (Am) Kolej Pengajian
- Jawatankuasa Tabung Amanah Pelajar*
JARINGAN INDUSTRI
- Jawatankuasa Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni
KUALITI
- Jawatankuasa Perancangan dan Maklumat Strategik Kolej Pengajian
- Mesyuarat Kaji Semula Pengurusan (MKSP)
RISIKO
- Jawatankuasa Pemilik Risiko
Rujukan
- TADBIR URUS 1UiTM:MULTI SISTEM PENGOPERASIAN KOLEJ PENGAJIAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, Edisi 2022