Pejabat Pendaftar memainkan peranan penting dalam pengurusan universiti. Pada awalnya, Pejabat Pendaftar dikenali sebagai Pejabat Pentadbiran (RIDA : 1956 – 1965, Maktab MARA : 1965-1967) yang diketuai oleh seorang Pendaftar.
Antara jawatan yang wujud di Pejabat Pentadbiran masa itu ialah Penolong Pendaftar, Penolong Pentadbir dan Pembantu Kewangan. Tugas Pendaftar di Pejabat Pentadbiran pada masa itu merangkumi urusan pentadbiran, kewangan dan asrama dan dikembangkan lagi untuk mencakupi hal ehwal kemasukan dan rekod pelajar, peperiksaan, perundangan, kemudahan perhubungan, pengangkutan dan hal-hal lain. Walaupun jawatan yang ada pada ketika itu berlainan tetapi tarafnya adalah sama iaitu semua di bawah Pentadbiran dan bertanggungjawab kepada Pengarah. Struktur organisasi Pejabat Pendaftar menjadi semakin jelas selepas beberapa tahun penubuhan Institut Teknologi MARA.
Secara umumnya, Pendaftar adalah Setiausaha kepada Institusi dan bertanggungjawab untuk melaksanakan dasar sebagaimana yang telah diputuskan oleh Majlis.
Antara Pendaftar yang telah berkhidmat adalah :
1. Encik Che Yunus Nawal (1963 - 1964)
2. Encik Khalid Sidek (1965 - 1966)
3. Encik Mohd Din bin Jusoh (1966 - 1967)
4. Encik Junid Abu Saham (1967 - 1969)
5. Encik Abdul Wahab Alwee (1969 – 1970)
6. Encik Ali Nyak Saad (1970 – 1973)
7. Encik Abdul Kuddus Hj. Ahmad (1973 – 1976)
8. Tuan Hj. Mohd Zain Hj. Omar (1977 - 1982)
9. Tuan Hj. Bahadon Hj. Ismail (1983 - 1998)
10. Tuan Hj. Mohd Ariffin Ibrahim (1998 - 2001)
11. Puan Hjh. Rabiah Latif (2001 - 2006)
12. Dr. Hjh. Zahrah Mokhtar (2006 - 2014)
13. Puan Azida Azmi (2014 - 2019)
14. Puan Hajah Sa'adah Haji Ibrahim (2019 - 2020)
15. Tuan Haji Muhammad Nizam Noordin (2021 - kini)
Sumber :
- Buku Pejabat Pendaftar : Nadi Pengurusan UiTM
- Pensejarahan Pejabat Pendaftar
- Mantan-mantan Pendaftar UiTM Malaysia