Evolusi kaedah pembayaran tanpa tunai Perpustakaan UiTM
Transaksi pertama Boost di Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah AlamPublisiti penggunaan aplikasi Boost di kaunter perkhidmatan Perpustakaan Tun Abdul Razak
Setelah 46 tahun operasi perkhidmatan di kaunter menerima tunai, Perpustakaan UiTM Shah Alam menjadi Perpustakaan Pertama menerima pembayaran tanpa tunai melalui e-wallet Boost menerusi pengumuman pada Amanat Ketua Pustakawan UiTM 2018. Hasil kerjasama dengan Axiata Sdn. Bhd., Perpustakaan Tun Abdul Razak telah berjaya melaksanakan transaksi pembayaran perkhidmatan perpustakaan di kaunter Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) pada 2018. Fasa seterusnya, pengguna perpustakaan akan menikmati perkhidmatan pembayaran tanpa tunai untuk transaksi lain.
Pengenalan terminal kad kredit debit di Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Shah Alam
Selain dari itu, pengguna BOOST boleh membuat pemindahan atau penambahan wang tunai melalui kad debit, kad kredit Visa dan Mastercard atau melalui perbankan dalam talian ke aplikasi BOOST pengguna. Untuk perancangan seterusnya, Perpustakaan UiTM akan memperluaskan lagi pembayaran tanpa tunai kepada tiga puluh sembilan (39) buah perpustakaan UiTM di seluruh negara secara berperingkat. Perkhidmatan e-Wallet / cashless ini akan dapat dimanfaatkan oleh keseluruhan 180,000 ahli perpustakaan yang terdiri daripada pelajar, staf akademik dan staf pentadbiran UiTM. Encik Noor Hidayat Adnan, Ketua Pustakawan ketika itu menzahirkan rasa bangga dan mengucapkan tahniah kepada Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan dan Jabatan Perpustakaan Digital kerana merealisasikan projek ini.
Perluasan Terminal Kad Kredit/Debit ke semua lokasi Perpustakaan UiTM
Pada tahun 2021, evolusi pembayaran tanpa tunai telah melangkah lebih jauh dengan pelaksanaan platform UiTMPay yang menghimpunkan enam pilihan mod seperti Touch N Go, FPX, Boost, Visa, AliPay dan KiplePay. Selaras dengan pelaksanaan ini dan usaha UiTM yang komited ke arah kampus digital, penguatkuasaan di peringkat UiTM telah dilancarkan dengan Pelaksanaan Persekitaran Terimaan Tanpa Tunai (e-Pembayaran / Cashless Payment) di Universiti Teknologi MARA menerusi Pekeliling Pejabat Bendahari Bilangan 1 Tahun 2020 diikuti penguatkuasaan sepenuhnya budaya Cashless Campus di seluruh sistem dan persekitaran Universiti Teknologi MARA mulai 1 Jun 2021.
Perbincangan bersama CEO Axiata Group bagi kerjasama strategik antara Naib Canselor UiTM, Profesor Emiritus Datuk Dr Hassan Said dengan Axiata untuk pembangunan kampus digital serta penempatan latihan industri pelajar-pelajar UiTM.
Majlis Pelancaran Kampus Tanpa Tunai di Fakulti Perubatan UiTM Kampus Sungai Buloh oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, Naib Canselor UiTM. Profesor Emiritus Datuk Dr. Hassan Said dan Ketua Pegawai Eksekutif Axiata, Tan Sri Jamaludin Ibrahim.
Pengguna perpustakaan membuat pembayaran denda lewat pemulangan buku (overdue charges), pembayaran buku hilang, pemindahan atau penambahan wang tunai melalui kad debit, kad kredit Visa dan Mastercard atau melalui perbankan dalam talian menggunakan aplikasi BOOST.
Pekeliling ini hendaklah digunapakai oleh Universiti Teknologi MARA bagi pelaksanaan penuh persekitaran terimaan tanpa tunai (e-Pembayaran atau cashless payment) bagi seluruh PTJ / Kampus / Fakulti berkuatkuasa mulai 1 Januari 2020.
Penguatkuasaan sepenuhnya budaya Cashless Campus di seluruh sistem dan persekitaran Universiti Teknologi MARA mulai 1 Jun 2021 sebagai usaha meminimakan risiko jangkitan dan mengekang penularan virus pandemik COVID-19 terutamanya di dalam kawasan kampus.