Buku Pelawat 'TETAMU' milik Kajian Sebaran Am, ITM

"TETAMU" merupakan sebuah naskhah istimewa milik Kajian Sebaran Am Institut Teknologi MARA (ITM) yang dihasilkan sebagai penghormatan kepada para tetamu, pelawat, dan warga yang pernah menjejakkan kaki ke institusi pendidikan unggul ini. Buku ini merekodkan catatan terawal pada 5 Januari 1989 oleh Dr. Gary Williams dari Argonne National Laboratory dan Dr. Janet C, Williams dari National Livestock and Meat Board, Amerika Syarikat.

Dengan reka bentuk kulit yang eksklusif warna hijau klasik ITM, buku ini memaparkan elemen seni tradisional Melayu, selaras dengan identiti ITM sebagai institusi yang berteraskan budaya dan warisan bangsa. Berkulit tebal dengan ukuran 25.5 sentimeter lebar, 28.5 tinggi dan 2 sentimeter tebal menghimpunkan ratusan tetamu dalam dan luar negara. 

Naskhah buku pelawat ini juga menyimpan kenangan serta menyaksikan sejarah legasi Kajian Sebaran Am untuk kekal relevan sehingga hari ini.