Majlis Penutup Latihan Itensif Brass Band Ke-48 pada 1 Februari 2020
Brass Band Institut Teknologi MARA telah ditubuhkan pada bulan Februari 1976 di bawah pimpinan Pegawai Muzik ITM, Encik Aziz Yatim. Seawal penubuhannya, ia dianggotai oleh 40 orang di kalangan para pelajar dan juga kakitangan ITM. Menurut Encik Aziz Yatim, idea penubuhan Brass Band ini adalah bermula pada tahun 1974 sebagai usaha untuk mewujudkan warga ITM yang berpotensi dalam pelbagai aspek yang meliputi seni muzik, kebudayaan dan akademik.
Mengimbau memori penubuhan Brass Band ITM, Tun Arshad Ayub yang ketika itu merupakan Pengarah ITM bersama-sama Pegawai Muzik, Encik Aziz Yatim dan Penolong Pengarah ITM, Encik Tahir Majid telah berusaha membeli peralatan muzik dan mencari jurulatih. Untuk menggerakkan Brass Band ini, Encik Aziz selaku Pegawai Muzik juga dibantu oleh jurulatih-jurulatih lain seperti Mr. John Eric Gray, pensyarah Kejuruteraan dan Sarjan Md. Ali b. Khatib dari Askar Wataniah, Shah Alam.
Semenjak penubuhan Brass Band ini beberapa siri persembahan telah diadakan antaranya di Pesta Konvo pada tahun 1976, Temasya Sukan ITM dan mengiringi upacara tamat latihan ketua platun Kesatria.
Setelah 46 tahun penubuhan Brass Band di UiTM, penglibatan oleh para pelajar amat menggalakkan. Kini siri-siri Latihan Intensif Brass Band (LIBB) telah diadakan yang mendedahkan pelatih dengan asas muzik dan kawad pancaragam dengan lebih mendalam. Program Latihan insentif ini adalah anjuran bersama Pusat Kokurikulum Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Shah Alam dan Persatuan Pancaragam Kesatria UiTM Shah Alam (PERPAKES).
Encik Aziz Yatim, Pegawai Muzik ITM
Latihan Brass Band pimpinan Encik Aziz Yatim