Encik Nik Abdul Rashid bin Nik Abdul Majid, Pengarah ITM sedang berucap dalam Majlis Perasmian Penubuhan Pendidikan Islam Institut Teknologi MARA

Pada 1 April 1983, dengan rasmi tertubuhnya Pusat Pendidikan Islam di Institut Teknologi MARA. Majlis perasmian penubuhan Pusat tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Encik Nik Abdul Rashid bin Nik Abdul Majid, Pengarah ITM di Dewan Sri Impian, ITM Shah Alam.

Objektif penubuhan Pusat Pendidikan Islam:

  1. Meningkatkan keupayaan untuk memberi perkhidmatan ilmiah yang lebih berkesan dalam melaksanakan program-program akademik ITM.
  2. Memastikan dengan teliti agar objektif matapelajaran Pendidikan Islam seperti yang dirancangkan sebelum ini memperolehi kejayaan yang baik.

Objektif matapelajaran Pendidikan Islam:

  1. Memberi kesedaran keislaman yang cukup dengan asas-asas kejiwaan dan pemikiran yang dapat mempertingkatkan mutu rohaniah, perwatakan dan seluruh ciri insaniah pelajar.
  2. Mempertingkatkan rasa tanggungjawab dan keteguhan dalaman (istiqamah) pelajar dalam menghayati ajaran Islam pada setiap kegiatan dan cara hidup.
  3. Melengkapkan pelajar menjadi warganegara yang baik dan berupaya memainkan peranan di dalam pembangunan masyarakat dan negara.
  4. Melahirkan lulusan dan ahli iktisas yang mampu menggunakan sistem nilai dalam menghadapi semua masalah hidup.

Ketua PPI:

Bil. Tahun Ketua PPI
1. 1 April 1983 - 31 Mac 1985  Prof Madya Dr Mohd Arsyad Hj Taib
2. 1 April 1985 - 15 Ogos 1986 Ustaz Ramli Ibrahim
3. 15 Ogos 1986 - 14 Ogos 1988  Prof Madya Dr Yaacob Yusoff
4. 15 Ogos 1988 - 31 Ogos 1990  Prof Madya Dr Mujaini Tarimin
5. 1 Sept 1990 - 30 Ogos 1992 Ustaz Zakaria Abdullah
6. 1 Sept 1992 - 31 Ogos 1994  Ustaz Zakaria Abdullah
7. 1 Sept 1994 - 30 Ogos 1996  Prof Madya Dr Mohd Amin Hj Ab Rahman
8. 1 Sept 1996 - 30 Ogos 1998  Prof Madya Dr Mohd Amin Hj Ab Rahman
9. 1 Sept 1998 - 31 Mei 1999  Prof Madya Dr Mohd Amin Hj Ab Rahman
10. 1 Jun 1999 - 30 Sept 2002 Prof Madya Dr Mujaini Tarimin
11. 1 Okt 2002 - 12 Jan 2004  Prof Madya Hj Musa Ahmad

 

Sumber :

  1. Berita ITM  1983 , 14 April  Bil. 07 m/s  03 & 08
  2. Laman Web Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS)