
Majlis Perasmian UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 3 Mei 2018. Majlis bersejarah ini turut dihadiri oleh Naib Canselor UiTM, Profesor Emeritus Datuk Dr Hassan Said, Menteri Besar Pahang, YAB Datuk Seri Adnan Yaakob serta Datin Paduka Chew Mei Fun.



Terletak di Mukim Gali, UiTM Kampus Raub dibina di atas tanah seluas 32 hektar dengan kos RM220 juta oleh Syarikat Konsesi Utusan Intelek Sdn. Bhd. Pembinaan bermula pada November 2012 dan siap sepenuhnya pada Oktober 2015 sebelum beroperasi secara rasmi pada 29 November tahun yang sama.
Kampus ini menawarkan lima program diploma di bawah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, iaitu:
-
Diploma Pentadbiran Awam
-
Diploma Pengajian Perniagaan
-
Diploma Perbankan
-
Diploma Sains Komputer
-
Diploma Statistik
Dilengkapi dengan kemudahan moden seperti bangunan akademik, perpustakaan, asrama pelajar, surau, medan selera, dewan serbaguna, pusat pelajar serta bangunan pentadbiran, UiTM Raub mampu menampung seramai 3,000 pelajar pada satu-satu masa.
UiTM Kampus Raub menjadi mercu tanda baharu pendidikan tinggi di Pahang, sekaligus membuka peluang kepada generasi muda untuk membina masa depan cemerlang.
Ikuti sejarah ITM Cawangan Pahang di pautan ini https://library.uitm.edu.my/uitmmemory/ptj/kampus-cawangan/institut-teknologi-mara-cawangan-pahang