Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor ditubuhkan hasil daripada transformasi UiTM yang mewujudkan Model Tadbir Urus 1 UiTM : Multisistem dengan focus utamanya sebagai universiti berintensifkan Penyelidikan, Inovasi, Pengkomersilan dan Penglibatan Masyarakat. UiTM Cawangan Selangor ditubuhkan secara rasminya pada 01 November 2015 dengan pelantikan Rektor Pertama iaitu YBhg. Profesor Dr. Haji Zaini Abdullah.

Sebelum penubuhan UiTM Cawangan Selangor, terdapat dua kampus satelit yang telah pun wujud dibawah pentadbiran Pejabat Penolong Naib Canselor (Kampus Puncak Alam dan Puncak Perdana). UiTM Kampus Puncak Perdana ditubuhkan pada tahun 2004 sebagai kampus satelit Shah Alam dengan dua buah fakulti yang menawarkan program pengajian akademik iaitu Fakulti Pengurusan Maklumat dan Fakulti Filem, Teater & Animasi.

Seterusnya, UiTM Kampus Puncak Alam pula memulakan operasinya secara rasmi pada 1 Jun 2009 dengan menempatkan dua (2) buah fakulti dan sebuah pusat akademik iaitu Fakulti Farmasi dan Fakulti Sains Kesihatan serta Pusat Asasi. Sehingga 2016, UiTM Kampus Puncak Alam telah berkembang dengan pertambahan penempatan enam (6) lagi fakulti iaitu Fakulti Pengurusan & Perniagaan, Fakulti Perakaunan, Fakulti Pendidikan serta sebahagian program dari Fakulti Seni Lukis & Seni Reka dan Fakulti Senibina, Perancangan & Ukur. Secara umum, UiTM Cawangan Selangor bertanggungjawab terhadap penyeliaan pentadbiran di lokasi-lokasi berikut iaitu UiTM Kampus Puncak Alam, UiTM Kampus Puncak Perdana, UiTM Kampus Dengkil, UiTM Kampus Sungai Buloh dan UiTM Kampus Selayang.

Kampus Puncak Perdana (2004)

Kampus Puncak Alam (2009)

Pembinaan Kampus Dengkil (2009)

Kampus Selayang (2010)

Kampus Sungai Buloh (2012)

Sumber :

  1. Laman Sesawang UiTM Cawangan Selangor
  2. Koleksi Gambar Arkib