Ahmad Nur Iman Ahmad Fauzi, 19 tahun, pelajar Asasi Perakaunan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Dungun telah diiktiraf sebagai pelajar terbaik peringkat negara dan ketiga terbaik dunia bagi subjek Merekod Transaksi Kewangan (Recording Financial Transactions) FA1 dalam peperiksaan ACCA bagi sesi Mac lalu.
 
Pelajar dari Kampung Telaga, Hulu Terengganu ini memilih melanjutkan pengajian dalam bidang perakaunan dan kini sedang menimba ilmu dalam kelayakan profesional ACCA, sekali gus membuktikan bahawa usia muda bukan penghalang untuk meraih kejayaan bertaraf dunia.
 
ACCA merupakan kelayakan profesional perakaunan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan setara dengan tahap Sarjana Muda di Malaysia. Manakala di United Kingdom, kelayakan ini diiktiraf setaraf peringkat Sarjana.
 
Poster ucapan tahniah di laman Facebook Kementerian Pengajian Tinggi
Sumber :
  1. Laman web UiTM Cawangan Terengganu (https://terengganu.uitm.edu.my/index.php/ms/component/content/article/35-bahasa-melayu/berita-kampus/1869-tahniah-ahmad-nur-iman-ahmad-fauzi-,-mencapai-markah-tertinggi-di-malaysia-dan-ketiga-tertinggi-di-dunia-dalam-merekod-transaksi-kewangan-fa1-recording-financial-transactions-peperiksaan-sesi-mac-2025?Itemid=205)
  2. Facebook Kementerian Pengajian Tinggi (https://www.facebook.com/MOHEOfficial/posts/pfbid07wArF2ERTZcZ92hechipk3dJZx1FNTCytBjAUgMht2AaVpgrib3kr81AkQBDaxhVl?mibextid=wwXIfr)