Mengimbau langkah dan legasi dalam setiap detik yang tersimpan rapi, tersulam kisah dedikasi seorang pemimpin. Dr. Szarina Abdullah, mantan Dekan Kajian Sains Perpustakaan dan Maklumat, kembali menelusuri jejak memori bersama warga fakulti dalam sebuah sesi istimewa — merungkai sejarah, membugar inspirasi, dan menghargai warisan intelektual yang ditinggalkan. Sesi istimewa ini dianjurkan oleh Fakulti Sains Maklumat, Kampus Puncak Perdana sempena Sambutan Hari Arkib 2025 Peringkat Fakulti Sains Maklumat, Universiti Teknologi Mara pada 16 Jun 2025.
Mrs. Radha Nadarajah, Ketua Kajian Sains Perpustakaan, Institut Teknologi MARA 1971-1974 bersama Encik Arshad Ayub, Pengarah ITM.
Dr Oli Mohamed dan Dr Beda Lim, Ketua Pustakawan Universiti Malaya ketika satu majlis penuntut pada tahun 1979
Dr. Szarina Abdullah ketika menjadi Ketua Kajian Sains Perpustakaan, Institut Teknologi MARA pada 1984 – 1985 dan 1990
Beliau berkongsi kenangan berharga sewaktu menerajui Kajian Sains Perpustakaan bersama Pustakawan, Ketua-Ketua Kajian ITM dan juga Persatuan Pustakawan Malaysia dari era 1970an. Masih segar dalam ingatan, sahabat-sahabat beliau, warga fakulti dan para pelajar pada ketika itu. Menurut beliau, keadaan telah banyak berubah dan cabaran kini lebih menuntut pengetahuan teknologi. Beliau juga merupakan antara pembangun awal ilmu berkenaan Bibliometrik, satu bidang yang asing pada tahun 2003.
Sesi ini juga membuka mata kepada warga fakulti kini tentang pengorbanan dan menyemai penghormatan terhadap mereka yang pernah mengemudi haluan fakulti ini dengan penuh amanah dan visi.
Pautan hebahan di Facebook Bahagian Arkib Universiti Teknologi MARA : https://www.facebook.com/share/p/1DT4zt2QcC/