07 Mac 2024 โ€“ Pihak Perpustakaan Sultan Badlishah, UiTM Cawangan Kedah telah melaksanakan Program Book Walk Read@UiTM yang melibatkan kakitangan dan pelajar latihan industri UiTM Cawangan Kedah. Pelaksanaan program ini adalah satu usaha dalam mengalakkan budaya membaca di kalangan warga perpustakaan dan memberi peluang kepada peserta untuk merasai pengalaman menggunakan perkhidmatan perpustakaan. Sesi yang dijalankan pada kali ini telah berlangsung selama 3 jam dan mendapatkan maklumbalas yang baik dari para peserta. Beberapa aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang program ini termasuk memperkenalkan perkhidmatan digital yang disediakan oleh pihak perpustakaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *