29 Januari 2024, Isnin – Perpustakaan Tengku Anis (PTA) telah menerima kunjungan daripada SMK Agama Melor bagi Lawatan Program Inspirasi Diri bersama SMK Agama Melor di UiTM Cawangan Kelantan (UiTMCK) di bawah kendalian Unit Misi Akademik UiTMCK seramai 80 orang bersama 4 orang guru pengiring. 

Taklimat pengenalan perpustakaan telah disampaikan oleh Cik Sazlina Saleh, Pembantu Pustakawan PTA bagi memberikan pendedahan akan perkhidmatan yang disediakan, kemudahan dan koleksi yang terdapat di PTA.  

  • Taklimat pengenalan perpustakaan

Kemudian diikuti dengan sesi kuiz atas talian dan aktiviti library tour dilakukan di sekitar kawasan PTA sejurus selepas tamat sesi kuiz yang dikendalikan oleh beberapa orang staf PTA & dibantu oleh pelajar latihan industri.

  • Sesi kuiz atas talian
  • Library tour

Semoga melalui lawatan ini dapat memberi pengetahuan kepada para pelajar mengenai perpustakaan terutamanya perkhidmatan yang disediakan samada dalam bentuk fizikal ataupun digital serta mendedahkan akan suasana perpustakaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *