PTAR Kampus Puncak Alam telah mengadakan Program Jom Bedah Buku pada 10 Januari 2024 di Bilik Seminar 2 Perpustakaan Tun Abdul Razak, PTAR Kampus Puncak Alam. Program ini melibatkan pelajar Sarjana Pengurusan Pelancongan, Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan. Setiap pelajar perlu mengulas buku yang dibaca.

Program diadakan selama 1 jam dikendalikan oleh Pn. Hafiza Mustape. Turut diselitkan juga taklimat ringkas mengenai tatacara penggunaan OPAC dan kaedah pencarian buku di perpustakaan.

Antara Objektif penganjuran program ini adalah :

i. Mengalakkan dan memupuk budaya membaca khususnya di kalangan pelajar Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan.

ii. Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai penggunaan OPAC serta kaedah pencarian bahan di perpustakaan bagi meningkatkan pinjaman bahan perpustakaan.

iii. Mempromosikan bahan bacaan di PTAR Kampus Puncak Alam

Pihak PTAR mendapat maklumbalas yang sangat positif sepanjang program dijalankan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *